Wednesday, August 10, 2011

warkah buat guru



cikgu,

kami tidak lah begitu pandai mengarang bait kata yang indah atau madah puitis buat cikgu. surat ini kami tulis bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih kami kepada cikgu. cikgu adalah seorang guru yang amat kami hormati dan sanjung. cikgu adalah salah seorang insan yang setia di sisi, memberi sokongan dan galakan ketika masyarakat memandang serong pada kami. cikgu faham maksud kami bukan?

cikgu,

kami terlambat untuk memberikan hadiah yang mahu kami berikan kepada cikgu sempena hari guru yang lepas. kami juga menyelitkan surat ini berserta hadiah yang ingin dihadiahkan kepada cikgu. cikgu sudah banyak membantu kami. memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. ketika kami hanyut dengan perasaan teruja, tiada siapa yang menahan kami dari terus menghabiskan masa bersuka ria. hanya cikgu yang berani menegur kesilapan kami. bagi kami, cikgu tidak punya hak untuk menyekat kebebasan kami. dengan siapa kami mahu bergaul, apa kami nak buat, itu hak kami. kebebasan kami. tapi, kami tahu,itu adalah untuk kebaikan kami.

cikgu,

msih ingat kah cikgu sewaktu kami satu kelas di arah kan berbaris beramaj ramai di hadapan kantin dan di rotan kerana bermain tepung di dalam kelas semata mata ingin menyambut "birthday" kawan kami. kami langsung tidak fikirkan perasaan cikgu sewaktu itu. kami tahu cikgu amat terkilan dan malu kerana kami. apabila tiba subjek cikgu untuk mengajar kami, cikgu amat marah ketika itu. cikgu mendenda kami sekali lagi dengan mengarahkan kami duduk di luar dan di belakang kelas. sekali lagi, kami masih menganggap itu sebagai gurauan. kami tahu cikgu pasti sakit hati saat itu. namun begitu, kami masih mampu lagi tersenyum  dan ketawa tanpa fikirkan langsung perasaan cikgu saat itu. maafkan kami cikgu !

cikgu,

setiap satu dan satu kesalahan yang kami buat sepanjang sekolah, cikgu pasti kadang kadang terasa muak dan putus asa dengan kelakuan dan perbuatan kami kan? cikgu pasti naik pusing dengan setiap laporan guru guru lain tentang kelakuan anak didik mu ini kan? tapi, cikgu tidak pernah menyimpan perasaan sakit hati dan terus menerus mencurahkan dan memberikan ilmu kepada kami dengan ikhlas dan tulus. namun begitu, kami masih belum sedar dan berterusan  memberikan cikgu masalah.

cikgu,

walaupun waktu peperiksaan SPM yang akn kami duduki semakin dekat, kami masih "berbulan madu" seolah olah tidak memikirkan peperiksaan SPM yang makin dekat yang menentukan masa depan kami. kami tidak pedulikan itu semua. yang kami tahu hnyak seronok seronok, dan terus seronok.

cikgu,

walaupun begitu,kami masih berhrap cikgu maafkan kam dan halalkan segala ilmu yang cikgu curahkan kepada kami. cikgu, kami selalu lihat cikgu selalu tersenyum walau pelajar kelas langsung tidak menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar. cikgu tetap masuk ke kelas, memberi latihan dan nasihat. sedikit pun cikgu tidak pernah meninggikan suara kepada kami. kami tertanya tanya, apa yang membuatkan cikgu masih tegar mengajar kami walaau selalu di perlekeh.

cikgu,

tahu apa matlamat kami? kami ingin menjadi seorang manusia yang berjaya. kami ingin memuktikan kepada cikgu yang cikgu tidak akan pernah menyesal kerana mendidik kami selama ini. kami juga mahu jadi seperti cikgu. cikgu yang tidak pernah memilih kasih dan ambil berat akan perihal anak muridnya. kami akn berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai matlamat kami itu. dengan sokongan dan dorongan dari cikgu, mudah mudahan kami berjaya.

di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan "selamat hari guru" walaupun sudah terlambat. istimewa buat cikgu yang banyak mengajar kami erti hidup dan membantu kami berubah menjadi insan yang lebih baik. kami sayang cikgu dan doakan agar cikgu sentiasa gembira dan bahagia.

sekian,

salam hormat,
anak didikmu
SRC 09/10

08.08.11



hate us ? just back off !

0 comments:

Post a Comment